Seramai 55.29 peratus daripada keseluruhan 407,097 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.<br /><br />Dalam satu sidang media hari ini, beliau berkata, gred purata nasional (GPN), iaitu indeks yang digunakan untuk menilai pencapaian calon SPM 2021 di seluruh negara, ialah 4.86 mata.